Lapan maut ditikam di sekolah di China - Utusan Malaysia

Lapan maut ditikam di sekolah di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WUXI: Seramai lapan orang terbunuh dan 17 yang lain mengalami kecederaan akibat ditikam menggunakan pisau di Institut Vokasional Seni dan Teknologi di bandar Wuxi, timur China.

Serangan berlaku kira-kira pukul 6.30 petang (waktu tempatan) melibatkan suspek berusia 21 tahun.

Pihak polis berkata, suspek sepatutnya menamatkan pengajian tahun ini, namun gagal dalam peperiksaan.

“Penyerang kembali ke sekolah dan melepaskan kemarahan dengan menyerang dan membunuh pelajar lain,” katanya berdasarkan pengakuan suspek.

Suspek yang merupakan bekas pelajar sekolah itu berjaya diberkas oleh pihak polis.

Untuk rekod, ini merupakan serangan maut kali kedua yang berlaku minggu ini di China, selepas seorang lelaki memandu kereta secara melulu dan merempuh orang ramai sehingga menyebabkan 35 individu maut dan 43 yang lain cedera di fasiliti sukan di selatan bandar Zhuhai. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya