KUALA LUMPUR: Perjalanan pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia berakhir apabila tersingkir di aksi suku akhir Kumamoto Masters 2024, sebentar tadi.
Pada aksi di Gimnasium Wilayah Kumamoto itu, pilihan kelima itu terpaksa akur dengan kehebatan jaguh utama dari Indonesia, Jonatan Christie dengan keputusan 21-12, 18-21, 18-21 dalam tempoh 1 jam empat minit.
Turut tersingkir, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin terpaksa melupakan impian mereka untuk menentang rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon di perlawanan separuh akhir.
Pasangan itu tewas dengan keputusan straight set kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, 21-17, 21-16 dalam tempoh 33 minit.
Dalam pada itu, beregu lelaki profesional negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mencipta kejutan apabila mara ke separuh akhir Kumamoto Masters.
Pasangan itu hanya mengambil masa 33 minit untuk menyingkirkan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dengan keputusan straight set 21-19, 21-19. – UTUSAN