HONG KONG: Hong Kong memulakan operasi penerbangan di landasan ketiganya pada Khamis, sekaligus menjadikan ia sebagai lapangan terbang di bandar itu yang berdaya saing sebagai hab penerbangan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong masih antara lapangan terbang tersibuk di dunia, tetapi sektor penerbangan di negara itu belum kembali ke tahap sebelum pandemik Covid-19.
Sektor penerbangan ketinggalan di belakang pesaing serantau seperti Singapura dan Korea Selatan dalam trafik penumpang.
Bercakap pada majlis berhampiran tarmac, Pemimpin Hong Kong, John Lee berkata, kapasiti lapangan terbang akan meningkat dengan ketara selepas pembukaan landasan baharu itu.
Ia akan membolehkan lapangan terbang itu mengendalikan 120 juta penumpang dan 10 juta tan kargo setiap tahun menjelang 2035.
Kerja pembinaan di landasan ketiga itu bermula sejak lapan tahun lalu, dengan menelan perbelanjaan sebanyak AS$18 bilion.
Pembinaan itu menimbulkan kontroversi kerana memberi kesan kepada alam sekitar, pertikaian buruh dan kes rasuah yang melibatkan subkontraktor. -AFP