Ladang sawit, belukar di Kajang, Klang, Kuala Langat jadi sarang penagih dadah

Ladang sawit, belukar di Kajang, Klang, Kuala Langat jadi sarang penagih dadah

ANTARA suspek yang ditahan dalam Op Sarang dekat dalam sebuah ladang kelapa sawit sekitar Kajang, Klang dan Kuala Langat, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ladang-ladang kelapa sawit dan belukar di Kajang, Klang dan Kuala Langat  kembali menjadi sarang pengedaran dan penagihan dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, aktiviti tersebut ditumpaskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang menjalankan serbuan menerusi Operasi (Op) Sarang pada 11 hingga 17 November lalu.

“Sepanjang operasi itu, polis memberkas 19 lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun termasuk tiga pengedar dan pembekal.

“Kita turut merampas dadah jenis heroin dianggarkan seberat 11.44 gram (g), syabu (0.5g) dan 2,500 liter air ketum yang kesemuanya bernilai RM341,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati penagih menunggu pembekal atau tokan datang menaiki motosikal untuk menjual dadah di ladang kelapa sawit dan belukar di ketiga-tiga daerah itu.

“Semakan lanjut mendapati lokasi berkenaan juga pernah diserbu polis sebelum ini. Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua tangkapan itu positif dadah,” ujarnya.

Kata Hussein, semua yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 39A(2) ,Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya