Kos pertabalan Raja Charles III cecah RM405.2 juta

Kos pertabalan Raja Charles III cecah RM405.2 juta

RAJA Charles III dan Ratu Consort Camilla menaiki kereta kuda jubli intan dari Istana Buckingham menuju ke Westminster Abbey sebelum istiadat pertabalan dimulakan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Istiadat pertabalan Raja Britain, Raja Charles III, tahun lalu, menelan perbelanjaan sebanyak AS$90.7 juta (RM405.2 juta), menurut akaun rasmi. 

Pengkritik berpendapat perbelanjaan pembayar cukai untuk upacara itu adalah terlalu besar dan tidak sejajar dengan keadaan kewangan yang semakin terbeban, dengan ramai rakyat Britain terpaksa berjimat akibat tekanan ekonomi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Angka itu menunjukkan Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan (DCMS) membelanjakan 50.3 juta pound sterling (RM282.7 juta), manakala kos Kementerian Dalam Negeri untuk mengawal acara berjumlah 21.7 juta pound sterling (RM121.9 juta).

Charles secara rasmi ditabalkan sebagai raja di Westminster Abbey dalam istiadat yang diadakan pada Mei 2023, dengan dihadiri oleh tetamu kehormat dari seluruh dunia.

Sebuah konsert bertaraf bintang diadakan di Istana Windsor pada malam berikutnya.

Pendedahan jumlah perbelanjaan akhir, yang sebelum ini dianggarkan melebihi 100 juta pound sterling, dijangka mencetuskan kecaman baharu daripada golongan antimonarki di UK.

Mereka semakin mengkritik keluarga diraja terhadap manfaat kewangan berlebihan dan tidak adil yang diterima ketika negara bergelut dengan tekanan kos pasca pandemik.

Sebelum pertabalan itu, lebih separuh rakyat Britain memberitahu penyelidik YouGov bahawa kerajaan tidak sepatutnya membiayai acara tersebut.

Bulan ini, keluarga diraja berdepan gesaan untuk lebih telus dalam aset peribadi mereka, selepas satu siasatan mendakwa ia mengaut keuntungan daripada badan awam sambil mendapat manfaat daripada pengecualian cukai utama.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya