Korea Selatan guna 76 buku teks digital AI di sekolah

Korea Selatan guna 76 buku teks digital AI di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL : Kementerian Pendidikan Korea Selatan mengumumkan sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diiktiraf untuk penggunaan di bilik darjah buat pertama kali.

Buku teks ini meliputi subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat bagi murid sekolah rendah tahun tiga dan empat, serta sekolah menengah.

Buku teks digital yang diiktiraf itu dipilih daripada 146 buku yang dihantar untuk proses pensijilan dan kini tersenarai dalam warta rasmi.

Buku-buku teks yang telah disahkan ini akan mula dipamerkan di sekolah-sekolah mulai Isnin depan.

Setiap sekolah akan memilih buku teks digital tersebut untuk digunakan dalam bilik darjah bermula tahun baharu pada Mac depan, bersamaan dengan buku teks bercetak yang sedia ada.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Korea Selatan berkata, buku teks digital ini akan membantu menyediakan pendidikan yang disesuaikan mengikut kemampuan dan tahap pelajar, dengan pendekatan yang lebih fleksibel dan sesuai dengan keperluan mereka.

Meskipun begitu, segelintir ibu bapa di Korea Selatan menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan kerajaan untuk memperkenalkan buku teks berasaskan AI ke dalam bilik darjah.

Ini kerana, ibu bapa menuntut supaya kerajaan memberi tumpuan yang lebih kepada kesejahteraan pelajar secara keseluruhan dan kurang menekankan penggunaan teknologi baharu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya