Konflik Ukraine berpotensi jadi perang global - Putin

Konflik Ukraine berpotensi jadi perang global – Putin

TENTERA Ukraine melepaskan tembakan roket Grad-P di barisan hadapan di kawasan Zaporizhzhia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menegaskan konflik di Ukraine memiliki ciri-ciri perang global dan tidak menolak kemungkinan serangan terhadap negara-negara Barat.

Kenyataan itu dibuat selepas Russia menguji peluru berpandu jarak sederhana generasi baharu ke Ukraine, yang menurut Putin berpotensi membawa muatan nuklear.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyifatkan tindakan itu sebagai peningkatan besar dalam ‘skala dan kekejaman perang, manakala penyokong utama Kyiv, Amerika Syarikat (AS) menyalahkan Russia kerana terus meningkatkan konflik tersebut.

Peluru berpandu jarak sederhana biasanya mampu menjangkau sehingga 5,500 kilometer, di mana cukup untuk memenuhi ancaman Putin terhadap Barat.

Dalam ucapan tegas kepada negara, Putin mengutuk sekutu Ukraine yang memberikan kebenaran kepada Kyiv menggunakan senjata yang dibekalkan Barat untuk menyerang sasaran di wilayah Russia dan memberi amaran akan bertindak balas.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Ukraine melancarkan peluru berpandu yang dibekalkan AS dan United Kingdom (UK) ke wilayah Russia buat kali pertama, meningkatkan ketegangan yang sudah pun memuncak dalam konflik hampir tiga tahun itu.

“Kami menganggap Russia berhak menggunakan senjata terhadap kemudahan ketenteraan negara yang membenarkan senjata mereka digunakan untuk menyerang kemudahan kami,” kata Putin.

Beliau berkata, sistem peluru berpandu taktikal Tentera Darat AS (ATACMS) dan peluru berpandu Storm Shadow UK berjaya ditembak jatuh oleh pertahanan udara Moscow.

Sebelum ini, Ukraine menuduh Russia melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) buat kali pertama dalam sejarah – dakwaan yang kemudiannya diperkecilkan oleh Washington.

Tentera udara Ukraine mendakwa, Moscow melancarkan peluru berpandu itu sebagai sebahagian daripada serangan ke arah Dnipro, di mana pihak berkuasa tempatan melaporkan kemudahan infrastruktur dibedil dan dua orang awam cedera.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya