Ketua Junta Myanmar lawat China sempena sidang kemuncak

Ketua Junta Myanmar lawat China sempena sidang kemuncak serantau

JENERAL MIN AUNG HLAING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Ketua Junta Myanmar, Min Aung Hlaing, akan mengunjungi China minggu ini bagi menghadiri beberapa sidang kemuncak serantau, lapor media negara itu, hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama Jeneral tersebut ke negara jiran yang berpengaruh sejak beliau melakukan rampasan kuasa pada 2021.

Sejak rampasan kuasa tersebut, Myanmar berada dalam keadaan huru-hara, termasuk di kawasan sempadan dengan China, apabila gerakan penentangan bersenjata bergabung dengan tentera etnik minoriti untuk menguasai wilayah yang luas daripada kerajaan tentera.

Min Aung Hlaing dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Subrakyat Mekong Besar serta Kerjasama Ekonomi Ayeyawady-Chao Phraya-Mekong (ACMECS) dan akan mengadakan mesyuarat bersama Kemboja, Laos, dan Vietnam pada 6 dan 7 November di Kunming, menurut MRTV.

“Beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkuasa dari China serta berusaha meningkatkan hubungan dua hala, ekonomi dan pembangunan dalam beberapa sektor,” kata kenyataan itu.

Kemerosotan kekuatan tentera Myanmar dalam menghadapi kemaraan pesat pejuang anti-junta sejak serangan mengejut pada bulan Oktober lalu, menimbulkan kebimbangan di China.

Beijing dilaporkan telah menutup sebahagian kawasan sempadannya dan menghentikan import utama ke kawasan yang dikawal pemberontak.
Penganalisis Bebas, David Mathieson, yang mengikuti perkembangan di Myanmar berkata, China mempunyai kepentingan ekonomi strategik di Myanmar, termasuk saluran paip minyak dan gas yang melintasi negara itu serta perancangan pembinaan pelabuhan laut dalam di Teluk Bengal.

“Sama ada lawatan ini untuk mendapatkan lebih banyak sokongan atau tekanan dari China, ia hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat.

“China secara jelas menyatakan sokongan mereka terhadap SAC dan rancangan peralihan pilihan raya mereka,” katanya merujuk kepada Majlis Pentadbiran Negara (SAC) yang diketuai oleh Min Aung Hlaing. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya