Ketiadaan pemain JDT bukan isu besar buat Harimau Malaya

Ketiadaan pemain JDT bukan isu besar buat Harimau Malaya

Stuart Wilkin bakal menjadi taruhan Harimau Malaya untuk merobek gawang India pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Hyderabad hari ini.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir percaya ketiadaan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak merencat rancangan Harimau Malaya bagi menghadapi India dalam aksi persahabatan di Stadium Gachibowli, Hyderabad, hari ini.

Hasnizam berkata perkara tersebut tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan kemampuan semua pemain yang dipanggil oleh jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente adalah sama.

“Tak beri apa-apa kesan kerana kemampuan majoriti pemain adalah sama dan sebab itu jurulatih memanggil 25 atau 23 pemain. Kekuatan yang ada pada pemain seimbang dan bagi saya tidak menjadi masalah jika tiga pemain itu dipanggil oleh pasukan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Pertahanan, Matthew Davies, Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi dipanggil pulang ke pangkuan kelab mereka selepas mengambil kira skuad kebangsaan akan tiba di tanah air pada Rabu ini.

JDT dijadual menentang Kuala Lumpur Rovers FC pada hari yang sama dan itu bermakna tiga pemain tersebut tidak sempat kembali bersama pasukan mereka bagaimanapun juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu membenarkan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed kekal dengan Harimau Malaya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai pertemuan menentang India, Hasnizam percaya pemain Harimau Malaya berkemampuan untuk memberikan tentangan kepada India.

Jelasnya, kemenangan amat penting untuk dilakar buat pasukan kerana ia mampu menyuntik semangat buat pasukan kebangsaan yang akan menghadapi Piala AFF pada Disember ini.

“Sebagai pemain, itu adalah objektifnya (cipta kemenangan) kerana ia akan menaikkan moral pasukan tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

“Beraksi di hadapan penyokong tuan rumah pastinya mempersiapkan Harimau Malaya untuk menguji kekuatan mental mereka yang akan beraksi di Piala AFF nanti kerana di kejohanan tersebut ada perlawanan yang kita perlu bermain di tempat lawan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya