Kedudukan ketua jurulatih memanah negara tergugat

Kedudukan ketua jurulatih memanah negara tergugat

LEE Jae-Hyung (kiri) pernah membimbing bekas pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad untuk menjadi naib juara dunia pada 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan ketua jurulatih memanah kebangsaan dari Korea Selatan, Lee Jae-hyung semakin goyah apabila Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan melakukan rombakan membabitkan jawatan tersebut.

Hal ini kerana, kem memanah negara sudah memasuki empat edisi sejak Olimpik London 2012 yang mana layak secara merit namun skuad berkenaan masih gagal membawa pulang sebarang pingat pada temasya empat tahun sekali itu.

Presiden NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan berkata badan induk berkenaan memerlukan sentuhan jurulatih baharu bagi memastikan barisan atlet memanah negara
kekal menjadi pesaing teratas di Olimpik.

“Rombakan jurulatih akan dilakukan dan memang ada dalam beberapa calon sebagai ganti jurulatih baharu dalam kem negara. Kami perlu sentuhan yang baharu dan mencari jurulatih yang mampu menggalas tanggungjawab negara.

“MSN (Majlis Sukan Negara) difahamkan mahu tukar jurulatih dari luar negara. Kami tidak kisah dari manapun jurulatih itu berasal selagi dia masih sealiran dengan kita,” kata Abdul Hamid.

Jae-hyung sebelum ini pernah membimbing jaguh memanah negara, Khairul Anuar Mohamad ketika menjadi naib juara dunia pada 2019.

Sementara itu, Hamid mendedahkan beliau bersyukur atas perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu memberi dana tambahan bernilai hampir RM1 juta kepada kem memanah.

Untuk rekod, Jae-hyung sudah berkhidmat bersama skuad negara hampir 23 tahun sejak berkelana menjadi pengendali memanah Malaysia pada 2001.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya