KDN FC belum menyerah kalah

KDN FC belum menyerah kalah

REZAL ZAMBERY YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan Darul Naim (KDN) FC enggan mengibarkan bendera putih malah tekad bangkit dalam aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia menentang Perak FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada 30 November ini.

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Rezal Zambery Yahya mengakui walaupun ia bukan tugas mudah namun peluang mereka untuk mara ke suku akhir kejohanan masih belum tertutup rapat.

“Apa-apa pun jangan cepat mengalah kerana kita masih ada lagi 90 minit permainan di Manjung. Kita akan perbaiki beberapa perkara terutamanya di bahagian pertahanan.

“Saya rasa kita masih ada peluang namun apa yang penting kita kena jaringkan gol. (Ketinggalan) tiga gol memang banyak tetapi jangan menyerah sebab macam saya katakan kita masih ada 90 minit di Manjung.

“Kita cuba cipta seberapa banyak peluang dan berusaha untuk menyamakan kedudukan terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara-perkara lain,” katanya.

Terdahulu, KDN terpaksa akur apabila tewas 3-0 kepada skuad kendalian Yusri Che Lah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Tiga gol Perak FC dijaringkan Clayton Da Silveira pada minit ke-22 sebelum Azfar Fikri meledak gol kedua pada minit ke-81. Gol ketiga dihasilkan Daniel Hakimi menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Mengulas lanjut, Rezal merupakan bekas pemain kebangsaan mengakui berasa kecewa dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya malah ketiadaan pemain utama telah merencatkan perancangan pasukan.

“Secara keseluruhannya, pemain tak ikut apa yang kita rancang. Sedikit mengecewakan dengan prestasi pemain. Kita ada peluang untuk menjaringkan gol tetapi apabila kita tidak menjaringkan gol itu menjadi masalah kepada pasukan.

“Sebelum permainan kita tidak dapat menurunkan kesebelasan utama pasukan ekoran kecederaan jadi ia merencatkan kita punya percaturan namun aksi perlu diteruskan dan saya nampak perkara-perkara positif yang perlu diambil,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya