Kanada teliti tarif balas ke atas barangan AS

Kanada teliti tarif balas ke atas barangan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Kanada sedang meneliti kemungkinan untuk mengenakan tarif balas ke atas barangan tertentu dari Amerika Syarikat (AS) sekiranya Presiden terpilih, Donald Trump meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif menyeluruh ke atas produk Kanada.

Seorang pegawai kerajaan berkata, Kanada sedang bersiap sedia untuk setiap kemungkinan dan sudah mula memikirkan produk-produk yang akan disasarkan dengan tarif sebagai tindak balas terhadap ancaman itu.

Perdana Menteri, Justin Trudeau turut dilaporkan mengadakan mesyuarat maya tergempar  dengan pemimpin wilayah yang mahu beliau merundingkan perjanjian perdagangan dua hala dengan AS yang mengecualikan Mexico.

Awal minggu ini Trump mengancam untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua produk yang masuk ke AS dari Kanada dan Mexico sebagai salah satu perintah eksekutif pertamanya jika dua negara itu tidak menghentikan aliran dadah dan pendatang merentasi sempadannya.

Pada 2018, Kanada turut mengumumkan berbilion-bilion duti baharu  terhadap AS sebagai tindak balas kepada cukai yang dikenakan ke atas keluli dan aluminium dari Kanada.

Menurut pegawai, menggabungkan Kanada dengan Mexico adalah tindakan yang tidak adil, malah warga negara itu juga bimbang tentang kemasukan pendatang ke utara jika Trump melaksanakan rancangannya untuk pengusiran besar-besaran.

“Negara kami bukan punca utama kepada masalah fentanyl dan pendatang asing namun tarif yang mahu dikenakan itu akan memberi implikasi buruk kepada kedua-dua negara.

“Kanada ialah destinasi eksport teratas untuk 36 negeri AS yang bernilai hampir AS$2.7 billion (RM11.99 billion) merentasi sempadan setiap hari. Malah, lebih 60 peratus import minyak mentah AS adalah dari Kanada dan 85 peratus daripada import elektrik AS juga dari Kanada,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Chrystia Freeland menegaskan, Kanada adalah penyumbang penting untuk bekalan tenaga domestik AS.

“Kanada juga merupakan pembekal keluli, aluminium dan uranium asing terbesar kepada AS dan mempunyai 34 mineral dan logam kritikal yang diingini dan dilaburkan oleh Pentagon untuk keselamatan negara.

“Trump sudah berjanji untuk mengurangkan separuh bil tenaga AS dalam tempoh 18 bulan, sesuatu yang boleh menjadi lebih sukar jika premium 25 peratus ditambah kepada import minyak Kanada,” jelasnya.

Rabu lalu, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, pentadbirannya sudah pun membuat senarai kemungkinan tarif balas jika situasi itu berlaku.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya