BAITULMUQADDIS: Kabinet keselamatan Israel mengundi untuk meluluskan perjanjian gencatan senjata di Lubnan semalam, yang berpotensi menamatkan lebih setahun pertempuran rentas sempadan dengan Hezbollah dan perang skala penuh yang mengorbankan ribuan nyawa. Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Kabinet meluluskan perjanjian itu dengan majoriti 10 berbanding satu dan berterima kasih kepada Amerika Syarikat (AS) terhadap penglibatannya. Menurut Presiden AS, Joe Biden, perjanjian itu dirancang untuk menghentikan permusuhan secara kekal antara kedua-dua pihak. Dalam ucapan dari White House, Biden memaklumkan sudah bercakap dengan pemimpin Israel dan Lubnan, dengan kedua-dua negara menerima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya