Jun Hao mandi peluh atasi pilihan kedua

Jun Hao mandi peluh atasi pilihan kedua

LEONG Jun Hao menewaskan pemain tuan rumah, Kodai Naraoka 21-17, 9-21, 21-16 pada perlawanan suku akhir Kumamoto Masters 2024 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, Jepun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta kejutan selepas menyingkirkan pilihan kedua kejohanan untuk menempah tiket ke separuh akhir Kumamoto Masters 2024, di Jepun, sebentar tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu menyinar di gelanggang Gimnasium Wilayah Kumamoto apabila mengatasi Kodai Naraoka dengan keputusan 21-17, 9-21, 21-16 dalam tempoh sejam 20 minit.

Kemenangan itu melebarkan rekod kemenangan beliau kepada 3-1 selepas kali terakhir pertemuan mereka, Naraoka menewaskannya 23-21, 10-21, 21-15 di Terbuka Jepun 2024, Ogos lalu.

Pemain bukan pilihan itu seterusnya, sekali lagi menghadapi cabaran getir selepas dijadualkan bertemu wakil Indonesia, Jonatan Christie pada aksi separuh akhir, esok.

Terdahulu, Jonatan mara ke aksi penentuan final selepas bangkit mengatasi perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia dengan keputusan rubber set 21-12, 18-21, 18-21, tengah hari tadi.

Selain Jun Hao, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai bersama  gandingan profesional lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya