Jonassen dilantik jurulatih perseorangan negara

Jonassen dilantik jurulatih perseorangan negara

BEKAS ketua jurulatih Denmark, Kenneth Jonassen bakal memulakan tugasnya di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada 4 Januari 2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini mengumumkan perlantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara.

Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, berkata bekas ketua jurulatih Denmark itu akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 4 Januari 2025 dengan perjanjian kontrak selama empat tahun sehingga Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

“Jonassen akan mengemudi barisan kejurulatihan bagi bahagian perseorangan lelaki dan wanita di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Jonassen juga akan melaporkan prestasi pemain kepada Rexy Mainaky (Pengarah Kejurulatihan ABM),” kata Subramanian kepada pemberita selepas mesyuarat ahli majlis di ABM, hari ini.

Jonassen membawa imej yang besar selaku jurulatih negara selepas kejayaannya membangunkan bekas pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen.

Untuk rekod, Jonassen membimbing Axelsen untuk meraih pingat emas Olimpik pertamanya ketika di Tokyo pada 2021 serta merangkul gelaran dunia di Glasgow, Scotland pada 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya