Joe Biden akan hadir majlis angkat sumpah Trump

Joe Biden akan hadir majlis angkat sumpah Trump

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Terpilih, Donald Trump pada Januari depan, meskipun Trump tidak menghadiri upacara pelantikan Biden pada 2021, menurut kenyataan Rumah Putih.

Rumah Putih menyifatkan kehadiran Biden sebagai ‘komitmen terhadap nilai-nilai demokrasi’, walaupun Trump sebelum ini menolak keputusan pilihan raya dan mencetuskan rusuhan di Bangunan Capitol AS selepas mendakwa kemenangan Biden adalah tidak sah.

Timbalan Setiausaha Akhbar, Andrew Bates berkata kepada pemberita di dalam pesawat Air Force One, Presiden Biden berjanji untuk menghadiri pelantikan sesiapa sahaja yang memenangi pilihan raya.

“Presiden dan Wanita Pertama akan menunaikan janji itu dengan menghadiri majlis angkat sumpah,” katanya.

Bates menambah Biden menganggap kehadiran itu sebagai satu demonstrasi penting terhadap komitmen kepada nilai-nilai demokrasi dan penghormatan terhadap kehendak rakyat, serta memastikan peralihan kuasa yang teratur dan berkesan.

Meskipun sering mengkritik Trump sebagai ancaman kepada demokrasi semasa kempen 2024, Biden berusaha memastikan proses peralihan kuasa berjalan lancar, tindakan yang tidak diberikan oleh Trump kepada dirinya selepas pilihan raya 2020.

Biden juga menjemput Presiden Terpilih ke Rumah Putih sejurus selepas pilihan raya 5 November lalu, selepas Trump mengalahkan Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris untuk membuat kemunculan semula yang bersejarah.

Biden, 82, menarik diri daripada bertanding untuk penggal kedua pada Julai lalu, selepas prestasi yang lemah dalam debat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan Demokrat mengenai usianya dan tahap kecergasannya.

Beliau kemudiannya memberikan sokongan kepada Harris untuk mencabar Trump.

Langkah Biden untuk hadir ke majlis angkat sumpah Trump dilihat sebagai usaha simbolik untuk memulihkan tradisi politik AS yang tergugat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya