JIM tidak pernah lantik orang tengah daftar Kad Ketibaan Digital

JIM tidak pernah lantik orang tengah daftar Kad Ketibaan Digital

IBRAHIM MOHD YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah melantik ejen atau orang tengah untuk urusan pendaftaran Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) bagi pelancong asing yang ingin masuk ke negara ini.

Pengarah Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ibrahim Mohd Yusof berkata, sejak kebelakangan ini, pihaknya mendapati ada pihak luar yang mengaut keuntungan dengan membina laman web palsu seakan-akan MDAC.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati, ada pihak yang mengenakan caj sehingga RM300 sebagai upah bagi pendaftaran MDAC itu sedangkan tiada langsung caj dikenakan.

“MDAC ialah borang dalam talian yang wajib diisi oleh semua warga asing sebelum ketibaan mereka di Malaysia. Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama MDAC untuk mengaut keuntungan dengan membangunkan laman web palsu.

“Pautan rasmi MDAC ialah https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra JIM KLIA bersama pengamal media di sini, hari ini.

Kata beliau, setakat ini, pihaknya telah mengesan beberapa laman web palsu iaitu https://www.malaysiadigitalcard.com, https://malaysladac.d30soovsrqv/rL.amplifyapp.com, https://malaysiacard.com dan https://www.mytouristoniineinfo.com/application.

Ibrahim berkata, pihaknya juga telah meminta ibu pejabat supaya menyekat laman web palsu itu dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurutnya, kes berkenaan telah mencemarkan sedikit imej negara terutama dalam kalangan pelancong asing.

“Ada pelancong mendakwa mereka telah mengisi MDAC sebelum tiba di Malaysia, namun apabila diperiksa kami tidak menemui apa-apa maklumat mereka dalam sistem,” katanya.

Katanya, pihaknya juga telah meminta syarikat penerbangan supaya menghebahkan pendaftaran MDAC itu dalam pesawat masing-masing bagi mengelak ditipu.

Bermula 1 Januari lalu, kesemua pelancong asing yang ingin melancong atau melawat Malaysia mesti mengisi borang MDAC.

Ia adalah polisi baharu ditetapkan kerajaan selaras Pelan Liberalisasi Visa Malaysia sekali gus memendekkan waktu urusan dan menunggu di kaunter daftar masuk imigresen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya