Jalan licin punca pengangkut kereta perisai milik ATM terbabas

Jalan licin punca pengangkut kereta perisai milik ATM terbabas

Keadaan kenderaan pengangkut kereta perisai milik ATM yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 7 November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat kemalangan  di Kilometer (KM) 35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 7 November lalu disebabkan jalan licin dan basah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu kenderaan dari Kem Batu 5, Mentakab, Pahang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

“Kenderaan itu terbabas melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan dan terjatuh ke arah laluan bertentangan di KM 35.3 Kuala Lumpur menghala ke Bentong akibat jalan licin dan basah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noor Ariffin berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat berkaitan kes itu.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan polis berhubung mana-mana kes yang masih dalam proses siasatan,” katanya.

Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilaporkan berkata, kenderaan membawa muatan dua kereta perisai ADNAN terbalik akibat kemalangan itu.

Dalam kejadian pukul 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas untuk tujuan latihan.

Dalam pada masa sama, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya