BEIRUT: Serangan Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 47 nyawa di timur Lubnan semalam, ketika pengantara Amerika Syarikat (AS) berusaha mengadakan rundingan mencapai gencatan senjata. Pengantara AS, Amos Hochstein yang sebelum ini mendakwa gencatan senjata ‘hampir tercapai’ semasa lawatan ke Lubnan Selasa lalu, bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Israel Katz. Bagaimanapun, tiada kenyataan segera dikeluarkan selepas pertemuan tersebut. Seorang pegawai kanan Lubnan memberitahu Reuters bahawa Beirut meminta perubahan pada cadangan gencatan senjata AS, termasuk memastikan pengunduran pasukan Israel dari selatan Lubnan dilakukan dengan cepat. Usaha diplomatik itu adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya