Ireland terima pelantikan Duta Besar Palestin - Utusan Malaysia

Ireland terima pelantikan Duta Besar Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Ireland buat pertama kali menerima pelantikan seorang Duta Besar Palestin, selepas Dublin secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, awal tahun ini.

Menteri Kanan Ireland mengesahkan Jilan Wahba Abdalmajid kini akan dinaikkan pangkat daripada jawatan sebagai Ketua Misi Palestin di Ireland.

Mei lalu, Dublin menyatakan pengiktirafan Palestin sebagai ‘sebuah negara berdaulat dan bebas’ yang merangkumi Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, serta bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik sepenuhnya.

Sepanyol dan Norway turut mengiktiraf negara Palestin pada hari yang sama dengan Ireland, manakala Slovenia menyusul seminggu kemudian, tindakan yang mencetuskan tindak balas balas daripada Israel.

Negara-negara ini juga telah menjadi antara pengkritik paling lantang terhadap tindakan Israel dalam tindak balasnya terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan gelombang keganasan baharu di rantau berkenaan.

Hubungan diplomatik rasmi antara Ireland dan Negara Palestin dimeterai pada bulan September.

Bulan lalu, Pihak Berkuasa Palestin secara rasmi memaklumkan Dublin mengenai niat untuk menaik taraf perwakilannya di Ireland daripada misi diplomatik kepada kedutaan tetap di bawah Konvensyen Vienna 1961 yang menjamin perlindungan kakitangan diplomatik.

Peningkatan status ini bermakna misi diplomatik tersebut kini akan memiliki semua keistimewaan dan kekebalan yang diperuntukkan di bawah Konvensyen Vienna. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya