Indonesia larang penjualan Iphone 16 - Utusan Malaysia

Indonesia larang penjualan Iphone 16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Indonesia akan memantau penjualan Iphone 16 yang dijual secara haram di pasaran negara itu.

Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso berkata, pihaknya akan menghantar pasukan pengawasan ke lapangan bagi memantau penjualan iPhone 16 yang didakwa belum memiliki permit pengedaran di pasaran negara itu.

“Kita akan lakukan pengawasan di lapangan,” kata Budi selepas merasmikan acara ‘High Level Policy Dialogue Action on Climate and Trade’ di Park Hyatt, Jakarta Pusat, pada Isnin.

Budi turut memaklumkan kementeriannya akan bekerjasama dengan beberapa kementerian lain bagi memastikan pemantauan penjualan iPhone 16 dijalankan dengan teliti.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita menegaskan semua unit iPhone 16 yang kini dijual di pasaran Indonesia adalah produk tanpa izin.

“Jika ada iPhone 16 yang masuk dan beroperasi di Indonesia, saya boleh katakan ia adalah produk haram. Ini kerana, kami belum mengeluarkan keizinan untuk mengedar,” ujar Agus dalam satu pertemuan bersama media di Jakarta, baru-baru ini.

Agus menjelaskan, Apple belum memenuhi syarat peraturan Indonesia yang menetapkan 40 peratus kadar kandungan komponen tempatan (TKDN) untuk sebarang produk elektronik yang dijual di negara itu.

Kadar tersebut perlu dipenuhi melalui pelaburan serta penggunaan bahan tempatan dalam pembuatan peranti iPhone.

Dalam perkembangan terkini, jurucakap Kementerian Perindustrian, Febri Hendri Antoni Arif, memaklumkan Apple telah menghantar surat kepada Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang, bagi mengadakan pertemuan berhubung isu tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya