Hubungan India, Kanada makin retak - Utusan Malaysia

Hubungan India, Kanada makin retak

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau bersalaman dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Hubungan India dan Kanada berisiko menjadi lebih tegang selepas akhbar Globe and Mail Toronto mendakwa Perdana Menteri India, Narendra Modi mengetahui tentang kempen yang menyasarkan aktivis Sikh. 

Akhbar itu melaporkan agensi keselamatan Kanada ‘percaya’ Modi mengetahui tentang kempen yang didakwa menyasarkan aktivis Sikh Kanada.

India berulang kali menolak dakwaan itu, yang menyebabkan hubungan diplomatik renggang, dengan kedua-dua negara mengusir diplomat kanan, bulan lalu.

Sebelum ini, New Delhi menafikan Menteri Dalam Negeri, Amit Shah merancang untuk menyasarkan aktivis Sikh di Kanada dan menegur Ottawa kerana mengeluarkan dakwaan tidak masuk akal dan berasas. 

Kanada merupakan negara yang menempatkan komuniti Sikh terbesar di luar India termasuk aktivis Khalistan, sebuah gerakan pemisah yang mencari negara merdeka untuk minoriti agama di wilayah India. 

Sebelum ini, Ottawa menuduh India mendalangi pembunuhan warga Kanada berusia 45 tahun, Hardeep Singh Nijjar, di Vancouver pada 2023. 

Mangsa ialah seorang aktivis Khalistan terkemuka dan aktivis Sikh lain yang berkaitan dengan pergerakan itu, turut menjadi sasaran. 

Nijjar ditembak mati oleh lelaki bersenjata bertopeng di luar kuil Sikh selepas dikehendaki oleh pihak berkuasa India atas dakwaan kesalahan keganasan dan konspirasi melakukan pembunuhan. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya