Houthi lancar dron, peluru berpandu ke atas kapal perang AS

Houthi lancar serangan dron, peluru berpandu ke atas kapal perang AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA : Kumpulan Houthi dari Yaman telah menyasarkan pelbagai dron dan peluru berpandu terhadap dua kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) ketika kapal tersebut melalui Selat Bab el-Mandeb.

Namun, serangan yang dilakukan oleh kumpulan yang disokong Iran itu gagal, menurut Jabatan Pertahanan AS.

Setiausaha Akhbar Pentagon, Mejar Jeneral Pat Ryder berkata, Houthi melancarkan sekurang-kurangnya lapan dron, lima peluru berpandu balistik anti-kapal dan tiga peluru berpandu pelayaran anti-kapal ke arah USS Stockdale dan USS Spruance, kedua-duanya kapal pemusnah Tentera Laut, pada Isnin.

Tambah beliau, tiada kerosakan dan kecederaan yang berlaku dan dilaporkan.

Selat Bab el-Mandeb, laluan sempit antara Laut Merah dan Teluk Aden, lazimnya menyaksikan aliran perdagangan bernilai AS$1 trilion setahun.

Jurucakap Tentera Houthi, Brigadier Jeneral Yahya Saree dalam kenyataan yang dirakam lebih awal pada Selasa, mendakwa kumpulan itu telah menyerang dua kapal pemusnah Amerika di Laut Merah dengan peluru berpandu balistik dan dron.

Kumpulan Houthi mensasarkan laluan perkapalan di selat tersebut sejak beberapa bulan lalu disebabkan konflik antara Israel dan Hamas di Gaza serta di Lubnan.

Houthi menegaskan serangan akan diteruskan selagi peperangan berlanjutan, dan serangan berjaya mengurangkan laluan perkapalan melalui rantau itu.

Sejak perang di Gaza bermula pada Oktober 2023, Houthi telah menyerang lebih 90 kapal dagang menggunakan peluru berpandu dan dron.

Kumpulan itu mendakwa mereka menyasarkan kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel, AS, atau UK untuk menamatkan kempen Israel terhadap Hamas di Gaza.

Namun, kebanyakan kapal yang diserang tidak berkaitan langsung dengan konflik, termasuk beberapa kapal yang menuju ke Iran. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya