Hormati isteri, Syafie Naswip letak batas adegan bersentuhan - Utusan Malaysia

Hormati isteri, Syafie Naswip letak batas adegan bersentuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Syafie Naswip, hanya akan bersentuhan dengan pelakon wanita sekiranya diperlukan oleh skrip.

Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 32, meletakkan batas untuk adegan bersentuhan sebagai tanda hormat kepada isteri, Nur Afiqah Ishak.

“Saya nak kahwin bukan perkara senang. Saya nak jumpa dia serta kenal keluarganya memerlukan banyak masa dan usaha. Saya tidak mahu salah faham kecil akan menjadi besar.

“Mengambil ikhtibar daripada keadaan dunia hiburan hari ini, saya ambil pendekatan elak adegan bersentuhan jika tidak perlu.

“Tapi kalau babak orang sakit yang memerlukan saya pegang dan bersentuhan, itu tidak mengapa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bukan hanya ketika penggambaran, batas itu turut diletakkan Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin ke-11 kepada kawan-kawan perempuan terdekat.

“Bukan hanya ketika berlakon. Kawan-kawan perempuan terdekat pun saya terangkan perkara serupa.

“Mungkin selepas ini kalau jumpa, kami ‘hand bump’ sahaja. Isteri tidak suruh saya buat begini, ia adalah pilihan saya sendiri yang cuba meletakkan diri di tempat isteri,” katanya.

Dalam perkembangan lain Syafie bakal berlakon sebagai Hanafi menerusi sebuah filem terbaharu bertajuk Tengkang.

Filem yang bakal mengetengahkan keunikan Bario, Sarawak dan suku Kelabit akan menemui penonton 28 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya