Hezbollah tetap pantau tentera Israel berundur dari Lubnan

Hezbollah tetap berjaga-jaga pantau tentera Israel berundur dari Lubnan

UNIT tentera dibawah Hezbollah menyertai perarakan dalam satu acara Hari Al-Quds di Beirut, Lubnan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Pejuang Hezbollah berikrar akan meneruskan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, sehari selepas perjanjian gencatan senjata antara kumpulan itu dan Israel diumumkan.

Kenyataan pertama oleh pusat operasi Hezbollah sejak perjanjian itu diumumkan, bagaimanapun tidak menyebut secara langsung mengenai perjanjian gencatan senjata itu.

“Bilik gerakan operasi Hezbollah menegaskan pejuangnya dalam semua disiplin ketenteraan akan kekal lengkap untuk berdepan serangan musuh Israel.

“Pejuang kami akan terus memantau pengunduran tentera Israel di luar sempadan Lubnan dengan tangan sentiasa bersedia di picu senjata,” kata Hezbollah.

Pegawai Israel berkata, perjanjian gencatan senjata itu termasuk pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan dalam tempoh 60 hari.

Perjanjian yang diuruskan oleh Amerika Syarikat dan Perancis itu berjaya menamatkan konfrontasi paling dahsyat antara Israel dan Hezbollah. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya