BEIRUT: Kumpulan Hezbollah mengumumkan pihaknya melancarkan peluru berpandu yang menyasarkan pangkalan tentera laut Stella Maris berhampiran bandar Haifa di Israel.
Ia merupakan serangan kedua seumpama itu dalam tempoh kurang 24 jam.
Kumpulan pejuang yang disokong Iran itu berkata, serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh musuh Israel. -AFP