Harimau Malaya menang 3-1 ke atas Laos

Harimau Malaya menang 3-1 ke atas Laos

BARISAN Pemain kesebelasan utama Harimau Malaya ketika menentang Laos pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium PAT, Bangkok, Thailand.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya tidak berdepan masalah untuk menjinakkan Laos selepas mencatat kemenangan 3-1 pada perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT), Bangkok, sebentar tadi.

Turun dengan misi memburu kemenangan, anak buah Pau Marti Vicente tidak menunggu lama untuk merobek gawang Laos menerusi ledakan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit keenam meskipun bermain dalam keadaan hujan lebat.

Begitupun, kelebihan tersebut dipadam oleh Kydavone Souvanny pada minit ke-33 bagi menamatkan babak pertama dengan kedudukan terikat 1-1.

Bersambung babak kedua, kem negara terus meningkatkan intensiti serangan dan hasilnya Malaysia berjaya menggandakan jaringan hasil jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-64 apabila menyempurnakan sepakan penalti.

Tekanan berterusan skuad Harimau Malaya ke atas kubu Laos sekali lagi membuahkan hasil juga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Sergio Aguero pada minit ke-83.

Keputusan itu mengekalkan rekod kemenangan buat Malaysia selepas kali terakhir berdepan lawan sama pada 2022 lalu di mana pasukan negara membelasah lawan dengan 5-0.

Selepas ini, skuad kebangsaan akan turun menentang India di Hyderabad pada Isnin depan.

Dua aksi ini penting bagi pasukan meraih mata ranking FIFA sekali gus memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia itu.

Dalam masa sama, ia juga sebahagian daripada persiapan skuad negara menjelang aksi Piala AFF bulan depan dan menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula Mac tahun depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya