Hari kedua gencatan senjata, Israel lepas tembakan ke penduduk

Hari kedua gencatan senjata, Israel lepaskan tembakan ke arah penduduk

PENDUDUK memeriksa kerosakan sebuah bangunan akibat bedilan Israel di kawasan kejiranan Kafaat di selatan Beirut.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Sekurang-kurangnya dua cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk yang cuba kembali ke kawasan tertentu di selatan Lubnan kelmarin, pada hari kedua gencatan senjata dengan Hezbollah.

Agensi Berita Nasional Lubnan berkata, dua orang cedera akibat tembakan Israel di Markaba, berhampiran sempadan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Media itu melaporkan, Israel turut melepaskan tembakan meriam di tiga lokasi lain berhampiran sempadan, namun tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa.

Wartawan Associated Press di utara Israel berhampiran sempadan mendakwa, mendengar dron rejim terbang di udara dan bunyi serangan artileri dari pihak Lubnan.

Tentera Israel dalan kenyataan mendakwa, beberapa suspek dikenal pasti tiba dengan kenderaan ke beberapa kawasan di selatan Lubnan, melanggar syarat gencatan senjata.

“Tentera melepaskan tembakan ke arah mereka dan akan secara aktif menguatkuasakan pelanggaran perjanjian gencatan senjata,” katanya.

Menurut pegawai Israel, tentera akan ditarik balik secara berperingkat kerana ia memastikan perjanjian tersebut dikuatkuasakan.

Israel memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak kembali ke kawasan di mana tentera ditempatkan, dan menegaskan ia berhak untuk menyerang Hezbollah jika pihak tersebut melanggar syarat perjanjian gencatan senjata.

Pegawai tentera Lubnan, yang enggan dinamakan, berkata pasukan itu akan secara berperingkat ditempatkan di selatan apabila askar Israel berundur.

Sementara itu, pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yakin beberapa kemudahan kesihatan di Lubnan yang ditutup selama lebih setahun konflik, akan segera beroperasi semula jika gencatan senjata kekal.

Perkara itu dimaklumkan wakil WHO di Lubnan, Abdinasir Abubakar menerusi satu sidang media dalam talian selepas penilaian kerosakan minggu ini.

“Mungkin beberapa hospital akan mengambil masa, tetapi beberapa daripadanya mungkin dapat kembali beroperasi segera. 

 

“Kami sangat berharap perkara itu,” katanya yang turut memaklumkan empat hospital di sekitar Beirut antara berkemungkinan dapat segera beroperasi kembali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya