Hakim New York tangguh perbicaraan kes jenayah Donald Trump

Hakim New York tangguh perbicaraan kes jenayah Donald Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang hakim di New York menangguhkan prosiding kes jenayah Presiden terpilih, Donald Trump, berkaitan pembayaran wang sogokan kepada seorang pelakon pornografi, menurut dokumen yang didedahkan semalam.

Hakim Juan Merchan dijangka membuat keputusan sama ada sabitan terhadap Trump boleh dibatalkan berikutan keputusan Mahkamah Agung mengenai imuniti Presiden, Julai lalu.

Trump juga dijadualkan untuk dijatuhkan hukuman pada 26 November depan.

Pendakwa Raya dari Pejabat Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg menghantar emel kepada Merchan memohon supaya prosiding ditangguhkan berikutan kemenangan pilihan raya Trump pada 5 November lalu, dan pelantikannya sebagai Presiden pada Januari 2025.

Trump juga meminta pejabat itu untuk bersetuju dengan penangguhan tersebut, menurut pendakwa raya.

“Rakyat bersetuju ini adalah situasi yang belum pernah berlaku sebelumnya,” tulis Pendakwa Raya.

Merchan telah menangguhkan semua prosiding kes tersebut sehingga 19 November ini.

Trump sebelum ini didakwa atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan bagi menyembunyikan pembayaran yang dibuat terhadap bekas pelakon pornografi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya