FLORES TIMUR: Gunung Lewotobi Laki-Laki kembali meletus dengan bunyi gemuruh yang sangat kuat, hari ini.
Ketua Pusat Pemerhatian Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pululera, Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, Herman Yosef S Mboro berkata, letusan itu menyebabkan ketinggian kolam abu mencapai 3,000 meter dengan warna asap kelabu.
Jelasnya, asap kawah bertekanan kuat dengan ketebalan dan ketinggian 2,000 hingga 3,000 meter di atas puncak kawah.
“Berlaku satu kali gempa low frequency dan satu kali tektonik jauh di gunung berapi yang kini berstatus tahap IV berjaga-jaga.
“Aliran lava ke arah timur laut sejauh 4,340 meter dari pusat letusan, sementara, ke arah barat, barat laut sejauh 3,800 meter,” katanya.
Herman memberi peringatan kepada penduduk setempat agar tidak melakukan sebarang aktiviti dalam radius tujuh kilometer dari pusat letusan gunung berapi itu. -KOMPAS.COM