NUSA TENGGARA TIMUR: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur kembali meletus sejak petang Selasa.
Letusan itu menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk sehingga menyaksikan perpindahan besar dalam kalangan penduduk.
Terkini, ratusan penduduk di tiga kampung di Talibura, wilayah Sikka dipindahkan ke pusat perpindahan sejak Selasa malam.
Pegawai Perhubungan Awam Polis Sikka, Yermi Soludale berkata, proses perpindahan masih berjalan hingga pagi tadi.
Agensi Pengurusan Bencana Flores Timur merekodkan seramai 13,116 orang dipindahkan pada Selasa.
Walaupun ramai penduduk berpindah, masih ada penduduk yang memilih untuk kekal berada di rumah masing-masing bagi memastikan harta dan ternakan mereka selamat.