Gunung Ibu di Maluku Utara meletus - Utusan Malaysia

Gunung Ibu di Maluku Utara meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HALMAHERA BARAT : Gunung Api Ibu di Halmahera Barat, Maluku Utara, kembali meletus dengan kepulan abu mencapai ketinggian 1,000 meter di atas puncak, sekitar pukul 9.31 pagi waktu tempatan, hari ini.

Petugas di Pos Pengamatan Gunung Api Ibu, Richard Chaniago berkata, kepulan abu setinggi kira-kira 1,000 meter di atas puncak (2,325 meter dari paras laut) berwarna kelabu dengan intensiti tebal dan condong ke arah barat daya.

Tambah beliau, letusan tersebut direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 28 milimeter dan berlangsung selama 1 minit 28 saat.

Penduduk di sekitar kawasan gunung berapi serta pelancong dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti dalam radius empat kilometer dari puncak gunung, dan memperluas jarak tersebut hingga lima kilometer ke arah bukaan kawah di bahagian utara kawah aktif Gunung Ibu.

Sekiranya berlaku hujan abu, penduduk yang terpaksa berada di luar rumah disarankan memakai penutup hidung, mulut dan mata untuk melindungi diri daripada kesan abu.

“Semua pihak diingatkan agar memastikan masyarakat kekal kondusif, tidak menyebarkan berita palsu dan tidak mudah terpengaruh oleh maklumat yang tidak jelas sumbernya. Penduduk juga digesa mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan,” jelas Richard. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya