Gunung berapi di Iceland meletus - Utusan Malaysia

Gunung berapi di Iceland meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REYKJAVIK: Sebuah gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, barat daya Iceland meletus, pada Rabu.

Letusan itu merupakan kali ketujuh berlaku sejak Disember lalu, selepas bertahun-tahun berlaku peningkatan aktiviti seismik di rantau ini.

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) melaporkan, letusan berlaku di celah gunung berapi Sundhnuksgigar, di luar bandar Grindavik, pada pukul 11.14 malam.

Rakaman secara langsung menunjukkan lahar memancar dari rekahan panjang di lokasi tersebut.

Pakar IMO, Benedikt Ofeigsson menerusi radio awam RAS2 memberitahu tiada infrastruktur terancam buat masa ini.

Namun, penduduk di Grindavik yang merupakan sebuah bandar nelayan kecil sedang dipindahkan.

Iceland mempunyai 33 gunung berapi yang masih aktif. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya