GRS tidak sembunyi apa-apa, siasat dan tangkap juga pemberi rasuah

GRS tidak sembunyi apa-apa, siasat dan tangkap juga pemberi rasuah

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: “Kita akan bagi kerjasama tapi siasat juga pemberi rasuah. Untuk bersikap adil, tangkap dia dulu.”

Demikian kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai laporan mengenai penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didakwa menerima rasuah bagi memberi sokongan kepada syarikat untuk mendapatkan projek di negeri ini.

Beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan Kerajaan Sabah sedia memberi kerjasama.

“Siasat juga pemberi rasuah, itu pemberi rasuah mempunyai niat yang tidak baik untuk mendapatkan sesuatu daripada kerajaan. Apabila tidak dapat inilah (laporan berita) keluar,” katanya selepas majlis pecah tanah Projek Loji Janakuasa 100MW Kimanis Power (Dua) Sdn Bhd di di Stesen Janakuasa Kimanis, hari ini.

Biarpun pendedahan laporan berkaitan rasuah itu didakwa membabitkan ramai nama termasuk namanya selaku Ketua Menteri, Hajiji berkata, beliau tidak apa-apa.

“Kerajaan masih berjalan dengan baik dan itu tuduhan-tuduhan, laporlah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kita (Kerajaan GRS) tidak sembunyikan apa-apa,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendedahkan tentang rakaman video mengaitkan beberapa ADUN yang didakwa terlibat dalam rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Pada Ahad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menyatakan setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai pendedahan yang dilakukan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya