GP Valencia dibatalkan, lokasi baharu diumum kelak

GP Valencia dibatalkan, lokasi baharu diumum kelak

PUSINGAN terakhir MotoGP, Grand Prix (GP) Valencia dibatalkan susulan banjir yang melanda di kota Sepanyol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Grand Prix (GP) Motosikal Valencia 2024 yang dijangka berlangsung pada 15-17 November ini dibatalkan ekoran bencana banjir yang melanda bandar tersebut sehingga meragut lebih 200 nyawa setakat ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan MotoGP, hari ini berkata, selepas mempertimbangkan semasak-masaknya dan persetujuan telah dicapai dengan pihak berkuasa di sana, GP Valencia 2024 terpaksa dibatalkan.

“Kita sebelum ini bersedia untuk menimbangkan dengan menunda kepada satu tarikh baharu, tetapi bagi menanti kerja-kerja pemulihan tiada jaminan GP Valencia dapat diadakan dalam tempoh tertentu.

“Justeru, pembatalan GP Valencia merupakan jalan terbaik terpaksa diambil oleh pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, MotoGP sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan juga pengurusan litar bagi mencari jalan terbaik bantuan dapat dihulurkan.

“Kita mempunyai tanggungjawab di setiap rantau di mana perlumbaan diadakan dan satu tabung telah ditubuhkan bagi membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung penduduk tempatan.

“Usaha itu akan dimulakan sepanjang GP Malaysia dan diteruskan ke pusingan akhir dengan venue serta tarikh baharu juga bakal diumumkan nanti,” ujar kenyataan itu.

Dalam masa sama, jelas kenyataan tersebut, peminat dari seluruh dunia, begitu juga dengan pelumba berhak untuk menikmati perlumbaan pusingan akhir bagi musim 2024.

“Sebarang informasi berkenaan pusingan terakhir nanti akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini,” kata MotoGP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya