Elon Musk dilantik ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

Elon Musk dilantik ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Donald Trump mengumumkan jutawan terkaya dunia, Elon Musk, akan mengetuai satu kumpulan baharu di bawah kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang ditugaskan untuk mengurangkan pembaziran. 

Musk yang menjadi sekutu utama Trump semasa kempen Pilihan Raya Presiden lalu, dilaporkan membelanjakan lebih AS$100 juta (RM445 juta) untuk membantu kemenangan dan menyokong pencalonan Trump di X, platform yang dimiliki oleh Musk.

Trump berkata, Musk dan seorang lagi sekutu kuat, ahli perniagaan, Vivek Ramaswamy akan mengetuai ‘Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE)’, merujuk kepada jenaka internet dan mata wang kripto yang terkenal.

“Seiring dengan dua warganegara hebat ini, pentadbiran saya akan memulakan usaha untuk merobohkan birokrasi kerajaan, mengurangkan peraturan yang tidak perlu, memotong perbelanjaan boros dan menyusun semula agensi-agensi Persekutuan,” kata Trump dalam kenyataan.

Tambah Trump, jabatan itu akan memberikan nasihat dan panduan dari luar Kerajaan yang membolehkan Musk mengelakkan pendedahan pegangan kewangannya.

Sementara itu, Musk dalam satu hantaran di X menyatakan tindakan jabatan itu akan diterbitkan secara dalam talian untuk ketelusan maksimum yang merangkumi senarai perbelanjaan paling tidak masuk akal yang menggunakan wang cukai anda.

“Ini akan menjadi sangat tragis dan sangat menghiburkan,” tulis Musk.

Trump, yang berusia 78 tahun, akan bertemu Presiden, Joe Biden di Pejabat Oval di Washington. 

Beliau juga dijangka melawat Capitol AS dengan partinya berjaya memperoleh majoriti tipis di Senat dan dijangka mengekalkan kawalan di Dewan Perwakilan.

Dunia kini memerhatikan pemilihan Trump untuk melihat sejauh mana pentadbirannya akan menepati janji-janji tentang dasar luar yang lebih terasing, tindakan keras terhadap imigresen haram dan pendakwaan terhadap individu yang dianggap musuh. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya