Ekonomi India terencat akibat kabus beracun - Utusan Malaysia

Ekonomi India terencat akibat kabus beracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kabus beracun yang menyelubungi dataran utara India bukan sahaja menyekat saluran pernafasan penduduk dan membunuh berjuta-juta orang, bahkan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara itu.

Ibu negara India, New Delhi, sering tersenarai antara bandar yang paling tercemar di dunia. 

Asap dan kabus tebal yang berbau busuk pada bulan ini mengandungi lebih 50 kali had zarah halus yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia. 

Ia adalah mikropartikel berbahaya penyebab kanser yang dikenali sebagai pencemar PM2.5, yang memasuki aliran darah melalui paru-paru.

Pakar menjelaskan pencemaran udara yang semakin teruk di India memberi impak yang merosakkan kepada ekonomi negara, dengan satu kajian menganggarkan kerugian sekitar AS$95 billion (RM424 bilion) setahun, atau kira-kira tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu. 

Kesan sebenar harga ekonomi yang perlu ditanggung oleh India berkemungkinan lebih besar lagi.

“Kos yang tidak dijangka adalah besar dan anda tidak dapat memberikan nilai kepadanya,” kata Vibhuti Garg dari Institut Ekonomi Tenaga dan Analisis Kewangan.

Bhargav Krishna dari kolektif penyelidikan yang berpusat di Delhi, Sustainable Futures Collaborative berkata, ‘kos akan terkumpul pada setiap fasa’. 

“Dari terlepas sehari bekerja hingga menghidap penyakit kronik, kos kesihatan yang berkaitan dengan itu, hingga kematian pramatang dan impak yang ditanggung oleh keluarga mangsa tersebut,” kata Krishna kepada AFP.

Satu kajian oleh firma perundingan global, Dalberg, menyimpulkan pada 2019, pencemaran udara menyebabkan kerugian sebanyak AS$95 billion kepada perniagaan India akibat ‘penurunan produktiviti, ketidakhadiran kerja dan kematian pramatang’.

Jumlah ini hampir tiga peratus daripada belanjawan India, dan kira-kira dua kali ganda perbelanjaan kesihatan awam tahunan negara itu.

India kehilangan 3.8 bilion hari bekerja pada tahun 2019, yang menelan kos AS$44 billion (RM196 bilion) akibat pencemaran udara yang disebabkan oleh kematian, menurut kajian yang mengira udara toksik menyumbang 18 peratus daripada semua kematian di India. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya