Ee Wei enggan beri jaminan

Ee Wei enggan beri jaminan

AKSI Toh Ee Wei (depan) ketika beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas berehat panjang akibat kecederaan, pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei tidak dapat memberi jaminan bahawa dia mampu mengembalikan prestasi terbaiknya seperti yang dilakukan di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca selepas tergelincir ketika memegang dumbel pada 24 September lalu sehingga memerlukan 16 jahitan.

Bagaimanapun, dia bernasib kerana kecederaan itu terkena pada lengan kiri dan bukannya tangan digunakan untuk bermain.

Ee Wei dan gandingannya, Chen Tang Jie yang terkandas di peringkat suku akhir Olimpik Paris 2024 berkata dia kini dalam persiapan untuk menghadapi dua kejohanan iaitu Masters Jepun dan Masters China pada bulan ini.

“Sudah lebih sebulan saya tidak menyertai sebarang kejohanan. Saya tidak tahu apa akan terjadi, tetapi ketika bermain, saya akan cuba melakukan yang terbaik.

“Tiada siapa yang mahu kalah dan kami akan berjuang untuk setiap mata dalam kejohanan seterusnya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada insiden tersebut mampu membuatkan Ee Wei menamatkan musim ini lebih awal, pemain kelahiran Melaka itu berkata dia sentiasa berfikiran positif sehingga mampu berjaya pulih dengan segera.

“Saya dimasukkan ke hospital selepas kemalangan itu, namun berjaya kembali berlatih selepas empat hari. Saya tidak fikir terlalu jauh, hanya fokus pemulihan, saya cukup gembira dengan perkembangan yang berlaku setakat ini,” katanya.

Selepas Olimpik Paris, Ee Wei-Tang Jie mengekalkan aksi konsisten dalam empat kejohanan termasuk menjuarai Terbuka Korea serta mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya