Dua maut banjir di Pattani - Utusan Malaysia

Dua maut banjir di Pattani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI : Banjir besar yang melanda wilayah selatan Thailand sejak Rabu lalu, meragut dua nyawa dan memaksa ribuan penduduk dipindahkan, menurut pihak berkuasa.

Gabenor Pattani, Pateemoh Sadeeyamu memaklumkan mangsa melibatkan seorang wanita berusia 42 tahun yang ditemukan mati di kawasan sawah berhampiran rumahnya, manakala seorang lelaki berusia 26 tahun ditemukan tidak bernyawa di dalam rumahnya.

Beliau berkata, 12 daerah di Pattani kini tenggelam dengan paras air mencecah sehingga dua meter akibat limpahan Sungai Pattani dan Saiburi.

Terdapat lebih 20,000 keluarga terjejas dan memerlukan pemindahan ke kawasan selamat.

Di Narathiwat, Gabenor Trakul Totham melaporkan banjir melumpuhkan aktiviti perniagaan di 13 daerah.

“Seramai 154,535 penduduk daripada 42,285 keluarga terjejas akibat limpahan Sungai Golok, Saiburi, dan Bannara sehingga setinggi satu meter. Keadaan ini menyebabkan banjir melanda 76 mukim dan 540 kampung di wilayah ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Thailand, Kittharath Punpetch berkata, pihaknya telah mengarahkan Divisyen Polis Wilayah 8 dan 9 untuk membantu masyarakat yang terkesan sehingga keadaan kembali stabil.

“Tindakan yang diambil termasuk melindungi nyawa dan harta benda, melancarkan aliran trafik di kawasan banjir, serta memenuhi keperluan anggota polis dan fasiliti yang turut terjejas,” katanya.

Menurutnya lagi, anggota polis di kawasan terjejas turut diarahkan untuk memberi panduan laluan alternatif kepada penduduk serta melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan penduduk.

Pihak berkuasa kini giat menjalankan usaha menyelamat dan memindahkan penduduk yang terjejas, selain menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya