Dua beregu lelaki negara terkandas

Dua beregu lelaki negara terkandas

AARON Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin 21-11, 21-13 pada perlawanan pusingan kedua Masters Jepun 2024, di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peluang untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semakin samar apabila beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas pada aksi pusingan kedua di Masters Jepun, hari ini.

Turun selaku pilihan keempat, Aaron-Wooi Yik tumbang kepada gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin 21-11, 21-13 dalam tempoh 26 minit.

Beregu No. 6 dunia itu mempunyai peluang terakhir untuk melayakkan diri ke Hangzhou menerusi jelajah China Masters, minggu depan dan harus sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir bagi merebut tiket kejohanan terbabit.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal meluaskan kemaraan apabila turut tewas kepada rakan senegaranya.

Beregu pilihan kelima itu terpaksa akur dengan pasangan profesional, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 21-9, 23-21 dalam tempoh 36 minit permainan.

Azryn-Wee Kiong seterusnya akan mengaturkan pertemuan dengan Hsiang Chieh-Chi Lin pada perlawanan suku akhir esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya