PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjurkan berpotensi memberikan pulangan dividen lebih baik antara 5.5 peratus hingga 6.0 peratus bagi 2024 berdasarkan prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan. Penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, berdasarkan prestasi keadaan semasa ekonomi negara sudah pasti dividen KWSP dijangka akan meningkat berbanding tahun sebelumnya. Menurutnya, jika dilihat sejak dahulu, keadaan ekonomi kekal menjadi faktor utama terhadap peningkatan dividen KWSP kerana jika pendapatan bertambah maka pulangannya juga akan lebih besar. “Berdasarkan keadaan ekonomi semasa, di Malaysia dan luar negara, kebanyakan negara menunjukkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya