Disangka wanita rupanya pondan, pelancong rasa tertipu

Disangka wanita rupanya pondan, pelancong rasa tertipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHUKET : Satu insiden pergaduhan tercetus antara seorang transgender Thailand dan seorang pelancong asing di sebuah hotel di Phuket selepas lelaki itu enggan membuat pembayaran apabila mendapati individu tersebut bukan seorang wanita.

Insiden yang berlaku 18 November lalu itu, dilaporkan oleh seorang sumber yang enggan dikenali kepada laman Facebook tempatan, Phuket Times.

Dalam satu hantaran, laman itu berkongsi butiran insiden tersebut mengenai seorang pelancong asing membawa seorang ‘wanita’ Thailand ke hotel.

Namun kemudian dia mendapati ‘wanita’ itu adalah seorang transgender, lalu menghalaunya keluar dan enggan membayar wang seperti yang diminta kerana mendakwa masanya telah dibazirkan sehingga mencetuskan pergaduhan antara mereka.

Menurut maklumat tambahan di ruangan komen, pelancong asing tersebut meminta lelaki yang menyerupai wanita itu meninggalkan bilik hotel kerana tidak mengetahui identiti sebenarnya.

Keadaan menjadi tegang apabila kedua-dua mereka saling membaling objek di dalam bilik hotel sehingga menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut.

Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Patong, Phuket sehingga menarik perhatian ramai netizen Thailand.

Hantaran tersebut menerima lebih 5,000 reaksi, 720 tanda suka, dan 190 perkongsian di media sosial.

Sebahagian netizen mengkritik tindakan transgender tersebut kerana tidak mendedahkan identitinya lebih awal.

“Awak sepatutnya berterus terang. Tidak salah menjadi seorang transgender, tetapi kejujuran itu penting. Ini soal pilihan peribadi. Ramai yang menerima transgender, tetapi ada juga yang tidak,” tulis seorang pengguna.

Namun, ada juga yang memberi amaran menyembunyikan identiti boleh membawa kepada situasi berbahaya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya