Dhabitah lulus 'ujian pertama' bersama Ker Ying

Dhabitah lulus ‘ujian pertama’ bersama Ker Ying

ONG Ker Ying (kiri) bersama Nur Dhabitah Sabri menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita pada kejohanan terjun Terbuka Malaysia 2024 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri bersama Ong Ker Ying berjaya merangkul emas menerusi aksi final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita pada Terbuka Malaysia 2024, hari ini.

Dhabitah-Ker Ying yang memperagakan terjunan menarik berjaya mengutip 218.82 mata mengatasi wakil Hong Kong, Ka Sin Leung-Ziyi Wang (206.40 mata).

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Filipina iaitu Ariana Hannah Drake-Rose Ann Ocmer yang sekadar meraih 153.39 mata.

Dhabitah berkata, beliau gembira bergelar sebagai juara di laman sendiri biarpun ini merupakan kali pertama berpasangan bersama Ker Ying dalam acara terbabit.

“Ini merupakan satu perkara yang positif untuk kami melakukan acara seirama. Sebab kita tahu sebelum kami berdua was-was untuk memasuki acara ini atau tidak kerana takut akan kecederaan.

“Bagaimanapun, kami berdua berhati-hati sewaktu latihan dan pertandingan tadi dan mampu melakukan bersama untuk pertama kali. Berkemungkinan kami berdua akan lebih kuat dan pandai mencari keserasian dalam kejohanan selepas ini,” kata Dhabitah kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini.

AKSI penerjun kebangsaan, Ong Ker Ying bersama Nur Dhabitah Sabri pada acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita kejohanan terjun Terbuka Malaysia 2024 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Sementara itu, Ker Ying berkata, pengalaman beliau terjun bersama Dhabitah selama tempoh latihan dan kejohanan memberi sedikit sebanyak untuk meningkatkan prestasinya akan datang.

“Ini merupakan kali pertama saya bergandingan dengan dia (Dhabitah). Pengalaman merupakan satu-satunya perkara besar yang saya belajar darinya. Saya dapat pelbagai perkara positif ketika menjalani latihan bersamanya,” kata Ker Ying.

Dhabitah seterusnya akan meneruskan saingannya dalam acara terakhir bersama Gabriel Gilbert Daim di acara 3m papan anjal seirama campuran, pada petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya