BAKU: Washington memberi jaminan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden tidak akan menamatkan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menangani pemanasan global. Perkara itu ditekankan Utusan AS, John Podesta dalam Persidangan Perubahan Iklim (COP29) yang diadakan di Baku, Azerbaijan, bermula kelmarin. Keputusan Trump yang memenangi pemilihan presiden memberi bayangan besar terhadap perbincangan penting di Baku, dengan pemimpin AS akan datang berjanji untuk menarik Washington keluar daripada perjanjian iklim Paris. Undian itu menyebabkan delegasi AS buntu dan mencetuskan kebimbangan negara lain mungkin kurang bercita-cita dalam perdebatan rumit mengenai peningkatan pembiayaan iklim untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya