China, Russia bincang ketegangan Korea Utara di sidang G20

China, Russia bincang ketegangan Korea Utara di sidang G20

CHINA dianggap sebagai penyokong utama peperangan Russia-Ukraine.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO : Menteri Luar China dan Russia membincangkan ketegangan di Semenanjung Korea dalam pertemuan di sidang kemuncak G20 di Brazil pada Isnin, lapor media kerajaan Beijing.

China dan Russia semakin mempererat hubungan sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine pada 2022, dengan negara-negara Barat menuduh Beijing memberikan sokongan terhadap perang tersebut.

Beijing turut mengambil sikap berdiam diri terhadap tindakan Korea Utara menghantar bantuan ketenteraan kepada Rusia.

Namun, Presiden Xi Jinping minggu lalu menegaskan kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, China akan melindungi ‘kepentingan terasnya’ di Semenanjung Korea.

Menurut penyiar rasmi China, CCTV, Menteri Luar China, Wang Yi, bertemu rakan sejawatnya dari Russia, Sergei Lavrov, di Rio de Janeiro pada Isnin, dengan kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai krisis Ukraine dan situasi di Semenanjung Korea.

Laporan itu tidak memberikan butiran spesifik mengenai perbincangan tersebut.

Wang menyatakan China sedia ‘bekerjasama dengan Russia untuk memperkukuh kerjasama dan keselarasan’, lapor CCTV.

Beliau turut menambah Beijing akan memberikan sumbangan yang sewajarnya terhadap pembangunan dan pemulihan negara masing-masing serta reformasi tadbir urus global.

China dan Russia, yang mempunyai sejarah hubungan yang tidak harmoni, kini memperkukuh hubungan diplomatik, ekonomi dan pertahanan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua negara sering menonjolkan hubungan peribadi erat antara Xi dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Namun, beberapa penganalisis percaya keputusan Korea Utara menghantar tentera ke Russia untuk potensi penempatan di Ukraine telah menimbulkan kebimbangan di Beijing mengenai implikasi keselamatan di rantau Asia Timur. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya