China pamer kapal perang canggih di Hong Kong

China pamer kapal perang canggih di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Sebuah kapal perang canggih milik China, yang dipercayai memainkan peranan utama dalam strategi negara itu di Laut China Selatan dan Selat Taiwan, belayar ke Hong Kong semalam sebagai sebahagian daripada kempen mempamerkan kehebatan ketenteraan Beijing.

Kapal serangan amfibia Hainan seberat 36,000 tan itu, yang membawa helikopter, dianggap sebagai pencapaian penting bagi tentera laut China sejak mula beroperasi pada 2021.

Ia merupakan sebahagian daripada armada yang bertugas di Laut China Selatan, kawasan yang sering menjadi tumpuan pertikaian wilayah antara Beijing dan negara jiran.

Menurut Kementerian Pertahanan China, kehadiran kapal itu bertujuan untuk mempamerkan perkembangan ketenteraan negara serta menunjukkan ‘tekad dan kemampuan kukuh Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara’.

Felo Kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Collin Koh berkata, pameran kapal perang di Hong Kong adalah mesej jelas mengenai autoriti China selepas gerakan prodemokrasi di bandar itu dipatahkan menerusi undang-undang keselamatan negara pada 2020.

“Penghantaran beberapa kapal perang paling berkuasa milik China ke Hong Kong secara terbuka melambangkan kerajaan pusat China berdiri teguh di belakang kerajaan Hong Kong SAR,” katanya kepada AFP.

Selain kapal pembinasa peluru berpandu, Changsha, Hainan akan berada di bandar itu selama lima hari.

Menurut laporan media tempatan, lebih 10,000 pengunjung dijangka menghadiri acara lawatan khas yang hanya dibuka melalui jemputan.

Hainan merupakan salah satu daripada tiga kapal perang aktif seumpamanya dan dilihat di Pasifik Barat berhampiran perairan Jepun pada Ogos lalu.

Dengan panjang melebihi 200 meter, kapal itu dilaporkan mampu membawa 30 helikopter dan mengendalikan enam helikopter pada satu-satu masa di atas dek penerbangannya. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya