China mahu bina pesawat pengangkut bertenaga nuklear pertama

China mahu bina pesawat pengangkut bertenaga nuklear pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING : China dilaporkan sedang membangunkan prototaip reaktor nuklear berasaskan darat untuk kapal perang permukaan bersaiz besar.

Ia merupakan petunjuk jelas negara itu semakin hampir untuk menghasilkan pengangkut pesawat pertama yang dikuasakan oleh tenaga nuklear, menurut satu analisis imej satelit dan dokumen kerajaan China yang diperoleh oleh Agensi Berita Associated Press.

Penambahan pengangkut pesawat bertenaga nuklear akan menjadi satu langkah besar dalam merealisasikan cita-cita negara itu untuk menjadi kuasa tentera laut yang mampu beroperasi di lautan jauh dari China, sekaligus mencabar kedudukan Amerika Syarikat.

“Pembangunan pengangkut pesawat bertenaga nuklear akan menempatkan China dalam kelompok kuasa tentera laut terkemuka, yang kini hanya terhad kepada Amerika Syarikat dan Perancis,” kata Penyelidik Kanan di Carnegie Endowment for International Peace di Washington D.C, Tong Zhao.

Melalui analisis imej satelit yang dilakukan oleh penyelidik dari Middlebury Institute of International Studies di California, China didapati sedang membina reaktor prototaip untuk kapal perang permukaan besar di kawasan pergunungan berhampiran Leshan, sebuah bandar di wilayah Sichuan, barat daya China.

Projek ini dikenali sebagai Projek Longwei atau ‘Dragon Might’ dan disebut dalam dokumen sebagai Projek Pembangunan Kuasa Nuklear.

Menurut penyelidik, penemuan ini adalah bukti pertama China sedang membangunkan sistem propulsi nuklear untuk pengangkut pesawat bersaiz besar.

Reaktor tersebut dijangka beroperasi tidak lama lagi dan dibina di fasiliti baru yang dikenali sebagai Base 909, yang juga menempatkan enam reaktor lain yang sudah beroperasi, dihentikan atau masih dalam pembinaan.

Analisis ini turut mendedahkan dokumen yang menunjukkan Institut 701 China, yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pengangkut pesawat, telah membeli peralatan reaktor untuk dipasang pada kapal perang permukaan besar menyokong kesimpulan tentang ini adalah prototaip untuk pengangkut pesawat generasi baru.

Sementara itu, spekulasi mengenai China membina pengangkut pesawat bertenaga nuklear telah berlarutan lama, namun penyelidikan oleh pasukan Middlebury merupakan yang pertama membuktikan negara tembok besar itu benar-benar sedang berusaha mengembangkan sistem propulsi nuklear untuk pengangkut pesawat.

Walaupun penemuan ini mengesahkan usaha China dalam membangunkan pengangkut pesawat bertenaga nuklear, tiada petunjuk jelas mengenai bila kapal itu akan dibina dan beroperasi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya