SYDNEY: Seekor buaya Australia sepanjang 5.48 meter yang memegang rekod dunia sebagai buaya terbesar dalam kurungan dilaporkan sudah mati.
Berita menyedihkan itu dimaklumkan oleh sebuah tempat perlindungan hidupan liar.
Buaya itu dianggap sudah berusia lebih 110 tahun.
Marineland Melanesia Crocodile Habitat menerusi Facebook memaklumkan kesihatan buaya bernama Cassius dengan berat lebih satu tan itu, semakin merosot sejak 15 Oktober lalu.
“Haiwan itu sudah sangat tua dan dipercayai hidup melebihi umur buaya liar yang lain.
“Cassius akan sangat dirindui, tetapi cinta dan kenangan kita kepadanya akan kekal dalam hati selama-lamanya.
“Buaya itu tinggal di tempat perlindungan itu sejak 1987 selepas diangkut dari wilayah utara negara jiran, dengan buaya adalah bahagian penting dalam industi pelancongan rantau ini,” katanya. -REUTERS