Bot karam di Greece: Empat pelarian, dua kanak-kanak maut

Bot karam di Greece: Empat pelarian termasuk dua kanak-kanak maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Empat individu, termasuk dua kanak-kanak maut selepas sebuah bot yang membawa pendatang asing terkandas di kawasan berbatu di pulau Samos, Greece, semalam.

Pasukan Penyelamat Pantai Greece berjaya menyelamatkan 16 individu dalam kejadian tersebut, namun jumlah sebenar penumpang di atas bot belum dapat dipastikan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan kapal peronda, bot penyelamat dan pasukan darat telah dilancarkan bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

Seorang pegawai kerajaan Greece menyatakan risiko yang dihadapi migran dijangka meningkat menjelang musim sejuk dan menyalahkan konflik di Asia Barat sebagai punca peningkatan ketara migrasi haram, pada tahun ini.

Tragedi ini berlaku hanya beberapa hari selepas lapan migran, enam daripadanya kanak-kanak terkorban dalam kejadian kapal karam berhampiran pulau yang sama, Isnin lalu.

Pulau Samos serta pulau-pulau lain di Laut Aegean Timur sering menjadi lokasi transit utama bagi migran yang menyeberang dari Turkiye ke Kesatuan Eropah (EU).

Pihak berkuasa Greece menyatakan peningkatan ketibaan migran dalam beberapa bulan kebelakangan ini berkait rapat dengan konflik berterusan di Asia Barat dan sebahagian Afrika.

“Keadaan semasa sememangnya tidak menggalakkan pengurangan aliran migran, malah sebaliknya meningkatkan risiko mereka,” kata Menteri Migrasi Greece, Nikos Panagiotopoulos kepada stesen televisyen Skai.

Beliau turut menjangka risiko tragedi di Laut Aegean Timur akan terus meningkat dalam beberapa minggu akan datang berikutan cuaca buruk.

Greece kini merancang untuk memperbaharui usaha mendapatkan dana EU bagi pembinaan tembok sempadan ketika Poland mengambil alih jawatan presiden EU mulai 1 Januari. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya