Bola sepak Malaysia tidak gagal - Tunku Mahkota Ismail

Bola sepak Malaysia tidak gagal – Tunku Mahkota Ismail

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menganggap bahawa bola sepak Malaysia sememangnya tidak gagal tetapi sebaliknya.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata dalam satu kenyataan bahawa individu yang berada dalam arena bola sepak yang sebenarnya gagal menguruskan pasukan kepada satu tahap yang ditetapkan.

KENYATAAN Tunku Mahkota Ismail menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Menurut Tunku Mahkota Ismail, sukar untuk memahami oleh sesetengah pihak yang menyifatkan bola sepak Malaysia gagal sedangkan JDT kini berkembang menjadi pasukan No. 1 di Asia Tenggara serta keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings.

Tambahnya, Malaysia juga sudah layak ke Piala Asia buat julung kalinya sejak 40 tahun serta prestasi JDT di Asia menyumbang sebanyak 21.54 (68.7peratus) daripada 31.33 mata ranking MA Malaysia sejak 2015 hingga membolehkan lebih banyak kelab Malaysia menyertai pertandingan peringkat Asia.

“JDT juga muncul satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC (2015). JDT juga antara kelab yang mempunyai fasiliti terbaik, termasuk perubatan di Asia yang menepati kehendak bola sepak moden.

“Ini antara pencapaian hebat yang pernah dicapai oleh mana-mana pasukan dalam Malaysia atau dalam industri bola sepak tempatan. Jadi bagaimana bola sepak Malaysia dikira gagal apabila ada satu pasukan mampu berjaya di Asia?.

“Disebabkan gaji yang tertunggak, kekurangan infrastruktur bola sepak serta pembangunan akar umbi di peringkat kelab atau pengurusan yang tidak baik? Ini semua disebabkan adanya ramai individu yang tidak berkelayakan berada dalam industri sukan.

“Bola sepak tidak gagal, ianya adalah individu dalam pasukan yang gagal mengurus dan meningkatkan standard serta mereka yang sentiasa menyokong dan bukannya memberikan tekanan terhadap kegagalan itu,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers.

Sementara itu, Tunku Mahkota Ismail turut menegaskan bahawa sekiranya liga dengan pasukan dapat diuruskan dengan baik serta mempunyai fasiliti dan pembangunan program akar umbi yang kuat di peringkat kelab akan meningkatkan lagi standardnya.

“Sebelum kita menuding jari dan mencari kesalahan pada sistem atau JDT meskipun Harimau Selatan berjaya di Asia termasuk penganugerahan ‘AFC Two-Star Academy’, adalah lebih wajar jika kita melihat apa yang berlaku dari dalam dan mendesak perubahan, bermula dengan pasukan masing-masing,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya